Memancing sambil outing!

0

Posted on : 7:01 AM | By : Lensaku Ceritaku

Belum puas lelah ini hilang dari Bali Indonesia, aku berpeluang memancing di laut bersama teman-teman, dan kali ini persediaanku cukup lengkap. Dengan joranku yang khusus untuk air dalam, tali tangsi ditukar dengan tali branded agar lebih kukuh dan berserta dengan senjataku D90 untuk bersedia snap gambar-gambar yang terhidang di depanku.

Pukul 5 subuh kami telah turun, sampai di pantai, angin bayu pantai telah menyambut kami dengan lemah lembut, membuatkan kami bersemangat.


Belum pernah aku mengambil gambar sunrise selama ini, dan peluang ini datang dengan rezeki mendatang tiba. Tidak sangka gambar sunrise ini aku snap dari laut!.

Malah semasa hendak pulang dari laut, terdampar pandangan di depan Labuan sedang hujan di Tanjung Aru, dan saat-saat itu ku rakam sepuas-puasnya, walaupun ombak mengalun-galun.



Alhamdulillah, tempat kami memancing itu, adalah salahsatu tempat takat yang berezeki, malah banyak umpanku diragut oleh ikan-ikan dan dua kali tangsi pancingku putus disintak kuat oleh ikan-ikan di takat ini.

Walaupun jasad ini berhibur, aku tetap sedar akan kedhaifan diriku.

MasyaAllah, sungguh indah dan aku sayu diberikan peluang ini, alhamdulillah.

Comments (0)

Post a Comment