My 1st outing

0

Posted on : 11:02 AM | By : Lensaku Ceritaku

Berkenalan dengan En.Izraai dari fb. 1st time jumpa, aku pun lupa, dimana aku pernah nampak dia. Rupa-rupanya kawan fbku.

Dia memang otai dalam hal ini, alhamdulillah dia ajak aku pergi outing bersama-sama groupnya.

Memang banyak ilmu yang dicurahkan kepadaku, tapi aku masih blur-blur, apalah yang dia cakap ini?

Namun melihat dia dan group dia beraksi, memang mereka dah berpengalaman dalam hal ini.

Gambar pokok kelapa ini ada lessonnya yang harus aku ingat.

Gambar kotak eslipse, adalah satu pelajaran baru dimana, kita harus sedar akan objek itu dan biarlah kita yang buat gambar, bukan kita ambil gambar.

Gambar budak comel itu, (anak En.Saiful), membawa persepsi baru kepadaku. Dimana, fokus itu mesti wujud dan kita mesti sentiasa aktif untuk menghidupkannya.

Ini adalah satu pengalaman baru bagi aku dan d90ku

Malam gelap

0

Posted on : 10:47 AM | By : Lensaku Ceritaku


Aku mencuba suasana malam. Satu pengalaman pertama bagiku mencuba d90ku. Banyak betul harusku pelajari bila snap sebelah malam, memang banyak gambarku tidak menjadi, gara-gara aperture dan shuterku tidak tentu arah.

Aku cuba jua mencuba, walaupun banyak nyamuk di pantai, tapi kalau dah minat, tak kisah langsung dengan nyamuk.

Atas nasihat dari kawan-kawan, aku snap seberapa yang boleh, supaya dapat membiasakan diriku dengan d90.

Tak sangka walaupun malam gelap gelita, jika settingnya ngam, malam tidak akan hitam gelap, malah akan bercahaya berkilauan.

Dan, dengan mendengar angin sepoi pantai, banyak kenangan terhambur pada waktu itu.

Posted on : 6:50 AM | By : Lensaku Ceritaku

Terkenangku semasa arwah datuk suka membawaku memukat dan memancing, entah aku saja jadi mangsanya, namun aku ikut saja kemana dia membawa perahunya.

Arwah datuk pandai bertukang perahu,banyak tempahan dibuatnya secara perlahan-lahan, memang hasil kerjanya cukup halus dan cantik.

Memang perahu ini sudah sebati dengan kehidupanku, walaupun aku hampir lemas, tapi aku tidak serik.



Malahan kepingan bekas perahu datuk pun sudah tiada sudah, namun perahu itu masih ada di diriku, memang inilah tugasku, mendayung perahuku agar sentiasa sampai di destinasinya.

Keputihan

0

Posted on : 8:33 AM | By : Lensaku Ceritaku

Tiada kata yang dapat diucapkan bila keputihan itu terserlah menutupi sekelilingnya, (it's remind me something...).

Bagaimana lusuhnya pasu itu, ia tetap pilihan kami sentiasa.

Posted on : 8:24 AM | By : Lensaku Ceritaku


Alhamdulillah, walaupun dihimpit keadaan, aku masih menjadi perhatian DIA, menjagaku sentiasa.